PROFIL


MJ Fatonah Sdn Bhd diterajui oleh Siti Fatonah Arbain sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh Mohamad Jamil bin Mahidin (MJ) sebagai Pengarah Operasi.  Sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan projek penternakan lembu dan kambing fidlot secara komersial. Terbaru, MJF memulakan projek ternakan ayam kampung, puyuh dan itik pedaging.

Dimulakan dengan MJ Fatonah Enterprise pada 09hb Feb 2005 dan diikuti dengan MJ Fatonah Sdn Bhd yang didaftarkan pada 20hb Ogos 2008. Dengan aktiviti dan matlamat perniagaan yang sama, MJ Fatonah Sdn Bhd telah menembusi peluang yang lebih besar lagi.

Ladang seluas 3.5 ekar yang terletak di Kampung Teluk Penyamun, 60km dari Kuala Lumpur mempunyai sebuah kandang lembu yang mampu memuatkan 300 ekor lembu dan dua buah kandang kambing dengan kapasiti 700 ekor kambing dalam satu masa, kabin pekerja, rumah baja, rumah sembelihan, stor makanan, bilik kuliah, dewan makan, surau dan bilik penginapan yang berhawadingin. Kapasiti peserta 44orang (6 bilik).

Dengan menubuhkan MJ Fatonah Poultry, MJ Fatonah menapak setapak ke dunia unggas.  Reban ayam kampung yang memuatkan 2000ekor ayam dan 1000ekor itik pedaging (Muscovy) dalam sesuatu masa. Juga terdapat berbagai spesis unggas eksotik seperti ayam belanda, ayam mutiara, angsa, puyuh, merak dan arnab.

MJ Fatonah (MJF) mendapat khidmat nasihat juga bantuan teknikal tentang penternakan dan rawatan perubatan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

MJF telah dinobatkan sebagai:
* Usahawan Cemerlang MARA 2008 Peringkat Negeri Selangor
* Usahawan Cemerlang MARA 2009 Peringkat Kebangsaan (Sektor Pertanian)
* Usahawan Ternak Cemerlang 2009 oleh JPV Negeri Selangor 
* Penternak Jaya (Ruminan) Negeri Selangor 2009
* Penyedia Latihan untuk Kumpulan Perangsang Selangor Berhad

Akademi Usahawan Ternakan MJ Fatonah telah ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Ternakan swasta berdaftar dengan Bahagian Latihan JPV Putrajaya.  Sijil yang dikeluarkan oleh akademi ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

MJF mengambil langkah proaktif menubuhkan koperasi yang dinamakan Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad (Koperasi MJ Fatonah) bagi tujuan menyatukan semua pelatih kursus kendalian MJ Fatonah. Koperasi ini akan bertindak sebagai pusat sehenti pemasaran dan pembekalan produk anggotanya.

Syarikat ini telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal ternakan, perubatan, makanan ternakan, baja, rundingcara ternakan dan tenaga pengajar.

MJ Fatonah adalah sebuah syarikat mentor untuk Program Mentor Mentee Peruncitan Bumiputera anjuran MARA. Syarikat juga adalah perunding yang dilantik oleh MARA untuk penternakan lembu kambing dan Rancangan Perniagaan.