Rabu, Ogos 12, 2015

SELAMAT PAGI MALAYSIA - PRA PELANCARAN HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KEBANGSAAN 2015

Memenuhi jemputan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya untuk memeriahkan program Selamat Pagi Malaysia bagi Pra-Pelancaran Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2015 di Wisma Berita RTM,  Angkasapuri.  Sebuah program yang sangat meriah berlangsung untuk mewar-warkan HPPNK 2015.  Banyak gerai-gerai agensi yang dipromosikan di sini menjual dan mendemonstrasi produk masing-masing.

Program berlansung seawal 7am.  Jam 8.30am, program semakin rancak dengan kehadiran Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang baru, Dato Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan Ketua Pengarah jabatan-jabatan serta Pengerusi agensi-agensi.
Dato Menteri menghiris sendiri kambing BBQ, diiringi oleh En MJ, Dato Hj Irmohizam dan Pemangku Ketua Pengarah JPV, Dr Kamaruddin

Bila dah jumpa orang kampung... Tan Sri Zainal Dahalan, Pengerusi LPP ysng sangat humble

Ruangan Lintas langsung dan temubual bersama menteri
Dato Sri Shabery Cheek memang peminat BBQ kambing
Bersama Dr Nazihah, KSU MoA, Dato Ariff dan Dr Kamaruddin
Bersama Dato Arpan, Dato Alwi (KP KADA) dan Dr Kamaruddin
Pengazara Selamat Pagi Malaysia yang comey ala2 Dato Siti
 Terima kasih kepada JPV atas jemputan ke program ini.. sangat mengujakan..


Rabu, Ogos 05, 2015

BBQ Kambing Untuk Jamuan Hari Raya Ibu Pejabat LPP

Syukur Alhamdulillah.. rezeki yang Allah berikan hari ini, tempahan 7ekor kambing dengan menu sampingan oleh Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada seluruh warga LPP terutama sekali En Zulkifli Junid atas amanah yang diberikan.  Tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan sajian yang dihidangkan.  
Menu sampingan yang dihidangkan bersama BBQ kambing ialah sup cendawan, coleslaw dan kentang putar.
Tetamu istimewa majlis ini ialah Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi LPP - Ybhg Tan Sri Dato Haji Zainal Dahalan dan Ketua Pengarah LPP - Dato Arpan Shah Satu.
Bersama Menteri MoA yang baru
Dato Menteri, Tan Sri Pengerusi, Dato KP dan MD MJ Fatonah
Lets enjoy MemBBQ
Hari panas... meleleh make up mak.. hihi
2 dari 7 ekor kambing yang di BBQ
 

Selfie jap dengan kambing
Ayuh nikmati keenakan pes traditional semula jadi, ramuan asli dan tersendiri MJ Fatonah.  Untuk tempahan, hubungi Fatonah 012-3343800