Sabtu, Mac 28, 2015

Kursus Anjuran JPV Selangor

Seramai 24 org hadir mengikuti program Kursus ayam kampung dan ayam belanda anjuran JPV Selangor
Semua yg hadir terdiri dari penternak dan bakal penternak dari negeri Selangor

Alhamdulilah, kali ini modul rawatan dan postmortem dijalankan oleh Dr Phakar Faris dari MyTernak Trading dan Ust Roslan Mohamed dapat juga hadir dimalam terakhir. 


Kajiselidil dan komen lisan, semua peserta amat berpuashati dan mengharapkan program seperti ini diteruskan demi kebaikan penternak ayam di Selangor

Sabtu, Mac 21, 2015

Lawatan Student Cybernetic Cheras

Kami menerima kunjungan rombongan 30 orang pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Cybernatic Cheras 
Rombongan diketuai oleh Cikgu Azhar , sampai jam 9.30am. Program bermula dgn taklimat perniagaan MJFatonah oleh Pengarah Operasi En MJ. Selepas sejam sessi taklimat , rombongan dibawa melawati sekitar ladang dan diakhiri dgn aessi bergambar.
Matlamat kunjungan adalah sebagai pendedahan dunia sebenar pengurusan perniagaan ternakan.

Rombongan menaiki bas.
Taklimat disampaikan oleh En MJ

MJ & Fatonah💋💋
Cikgu Azhar menyampaikan cenderahati
Meriah dan ceria👍👍

Isnin, Mac 16, 2015

Kursus Usahawan Ternakan: KP1501 (14-16hb Feb 2015)

Kursus pertama pembuka tirai 2015 dengan 20 orang peserta dari seluruh Malaysia dan seorang dari Indonesia.  Seperti biasa program ini dijalankan pada hujung minggu, Sabtu hingga Isnin 14-16hb Februari 2015.

Sabtu, Mac 07, 2015

EM Nature Farming International Workshop di Saraburi, Thailand (23-26hb Feb 2015)

Asia Pasific Nature Farming Network (APNAN) di bawah tajaan bersama EM Research Organisation (EMRO), Jepun dan International Nature Farming Research Center (INFRC) mengadakan bengkel dua kali setahun.  Alhamdulillah MJ Fatonah Sdn Bhd diberi peluang membaw bersama Sahabat MJ Fatonah dan rakan niaga untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang penggunaan EM di dalam projek pertanian dan penternakan. 

Program di jalankan selama 4hari bermula dari 23-26hb Feb 2015.

Jemputan Ceramah Motivasi Keusahawanan di Fakulti Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru

Program 'Industrial Talk' Politeknik Ibrahim Sultan kali ini menjemput kami dari MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai penceramah Motivasi Keusahawanan.  Ia diadakan pada 01hb Mac 2015, bertempat  di Dewan Kuliah 1, Fakulti Kejuruteraan Elektrik.  Selain dari MJ Fatonah Sdn Bhd, En Zaki dari Cable Industri, Masai juga dijemput sebagai penceramah.

Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian dan kata-kata aluan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, En Hatta bin Zainal.  Saya mengambil tempat sebagai speaker pertama.  Perkongsian pengalaman dan motivasi keusahawanan untuk pelajar yang akan menamatkan pelajaran mereka satu semester lagi.
Cenderahati dan tanda kenangan dari Politeknik Ibrahim Sultan

Tak pernah sangka.. akan berdiri di atas pentas dan berceramah di Dewan Kuliah Utama.. rase macam pensyarah pulak
Bersungguh menyampaikan perkongsian maklumat dengan audian

Pengarah Politeknik, Encik Hatta bersama dengan Ketua Jabatan, Tuan Haji Yusuf dan pensyarah-pensyarah
Antara peserta yang hadir

Bergambar kenangan dengan Pengarah dan kakitangan PIS

Wajah sahabat-sahabat lama yang kini berkhidmat di PIS

Semoga perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan oleh peserta program Industrial Talk ini.  Terima kasih kepada PIS kerana menjemput MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai salah seorang speaker program.