Rabu, November 25, 2015

Kursus Usahawan Ternak Ruminan & Unggas KP1510 (21 - 23hb Nov 2015)

===============================
DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK
===============================
Alhamdulillah syukur pada Allah kumpulan peserta kali ini adalah kumpulan paling ramai dalam sejarah Akademi.  Seramai 49 orang peserta menyertai kursus ini.  11 orang mengikuti program Kursus Usahawan Ternakan Unggas dan 38 orang mengikuti program Kursus Usahawan Ternakan Ruminan.  Seperti mana biasa, peserta datang dari berbagai negeri termasuk Sabah.  Berkampung di sini berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.
Barisan 49orang peserta kursus bergambar kenangan di Akademi Usahawan MJ Fatonah

Kumpulan ini juga mencipta rekod terbaru dengan peserta paling muda iaitu Adik Daniel yang berumur 14tahun.  Beliau menunjukkan minat dan memberi komitmen yang cukup baik sepanjang kursus.  Tahniah, Daniel!!
Peserta Unggas berpengalaman menjalankan program sembelihan halal.  Mereka diberi peluang menyembelih itik dan seterusnya amali post mortem penyakit, teknik pemprosesan dan pembungkusan.

Post sikit semasa amali memberi makan lembu
Amali pembersihan ladang


Sempat post dengan Bobby
Amali rawatan kambing
 
Peserta amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan.  Terutama sekali program amali yang mendedahkan mereka teknik pengendalian ternakan yang betul dan merasi pengalaman mengendalikannya.
Kursus selanjutnya (KP1511) pada 26-28hb Dis 2015.  Jom sertai beramai-ramai.  Jadikan penternakan satu kerjaya hebat anda.

Selasa, Oktober 20, 2015

Projek Terkini - Ladang Tin MJ Fatonah

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, MJ Fatonah Sdn Bhd memulakan tanaman Pohon Syurga.  Ingin merebut Sunnah Nabi dan memiliki pohon yang terdapat namanya di dalam Al Quran.  Mendapat info melalui sahabat-sahabat alam maya, bacaan di internet dan forum-forum, MJ Fatonah memulakan dengan 10 variety pohon Tin.

Variety Red Khutmani

Variety Beat Ramon
Variety Victoria
Variety Masui Dauphine (J)
Green Jordan

Purple Jordan
Variety Noire de Caromb (NDC)

Variety Taiwan Golden Fig (TGF)

Variety Texas

Variety Brown Turkey Modified -6 (BTM6)

Kami maklum, begitu ramai peminat pohon tin ini namun tak ramai yang mampu untuk memilikinya.  Oleh itu, kami di sini ingin merealisasikan impian mereka untuk mengeluarkan pohon-pohon Tin mampu milik dengan Satu Rumah Satu Pohon Tin agar lebih ramai saudara seislam dapat merasakan keenakkan dan khasiat buahnya mahupun daunnya.
Sahabat usahawan pohon Tin jangan khuatir, ia tidak akan menjejaskan perniagaan kalian.  Saya tetap menyokong usaha kalian membawa lebih banyak lagi variety dari luar untuk dimiliki oleh figgers di Malaysia.
Jutaan terima kasih kepada Sahabat MJ Fatonah.. Naser atas bantuan beliau memilih variety untuk di tanam.  Insya Allah akan ditambah beberapa variety lagi sebagai koleksi.

Antara variety yang dipilih sebagai permulaan adalah:
1.  Masui Dauphine (J)
2.  Green Jordan
3.  Purple Jordan
4.  Red Khutmani
5.  Taiwan Golden Fig (TGF)
6.  BTM 6
7.  Victoria
8.  Texas
9.  Beat Ramon
10. Noire de Caromb (NDC)

Projek tanaman Tin ini kami serahkan kepada usahawan muda, Amirul Farhan untuk menguruskannya di bawah pemantauan rapi oleh MJ Fatonah.


Selasa, Oktober 13, 2015

20 Kelebihan Menanti Anda Di Akademi Usahawan MJ Fatonah

~ DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK ~

Tahukah anda?
Anda akan menikmati 20 kelebihan di Akademi Usahawan MJ Fatonah.
10 kelebihan semasa kursus & 10 kelebihan selepas kursus

SEMASA KURSUS
  • Anda akan mendapat ‘first hand information’ dari kami yang merupakan pengusaha akademi ini sendiri yang merupakan PENTERNAK JAYA KEBANGSAAN 2014 dan PEMENANG ANUGERAH KHAS PERDANA MENTERI (Pertanian) 2014
  • Penerangan teori di bilik kuliah yang selesa
  • Pendedahan ‘Hands On’ latihan amali di ladang dengan penggunaan ternakan, peralatan ladang dan mesin-mesin
  • Sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Pekhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
  • Pakej Uniform (Kemeja T dan Topi eksklusif MJ Fatonah) SERTA Beg Kursus berserta nota, pen dan kertas
  • Peralatan keselamatan diri (PPE): sarung tangan getah untuk rawatan, sarung tangan kain untuk kerja-kerja ladang dan topeng hidung (mask).  Boot juga disediakan untuk kegunaan di akademi.
  • Penginapan bilik yang berhawa dingin, lengkap dengan bilik air dan ‘hot shower’, sabun mandian, sabun membasuh baju dan berus.
  • Makan minum 6 kali sehari dengan menu traditional kampung di dewan makan berhawa dingin serta 'free flow drinking water'
  • Senarai  nama pembekal ternakan, makanan, peralatan dan perubatan ternakan.
  • Cenderahati untuk dibawa pulang iaitu satu beg baja (5kg), gambar barisan peserta (glossy papper & berlaminat) dan direktori peserta kursus.
SELEPAS KURSUS
  • Menjadi ahli SAHABAT MJ FATONAH dan mendapat berbagai kelebihan ahli
  • PERCUMA - 'Personal Coaching' (Khidmat nasihat) berterusan
  • PERCUMA - Bantuan penyediaan kertaskerja untuk tujuan permohonan pembiayaan
  • Dirangkaikan dengan rangkai niaga MJ Fatonah Sdn Bhd
  • Menjadi anggota Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad (dengan bayaran Fee: RM50 & syer minima RM500 sahaja)
  • Harga istimewa untuk produk-produk MJ Fatonah
  • Didaftarkan secara otomatik ke group-group WhatsApp untuk mendapat maklumat dan peluang-peluang terkini
  • Berpeluang menyertai kursus-kursus / seminar-seminar lanjutan secara PERCUMA / HARGA DISKAUN
  • Berpeluang mendapat tajaan / bantuan modal projek kepada yang layak
  • Sokongan untuk kelulusan permohonan pinjaman

Ahad, Oktober 11, 2015

Kursus Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan Sessi Oktober 2015, KP1509

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izinNya, tamat sudah Kursus Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan Sessi Oktober 2015, KP1509 pada 10 - 12hb Oktober.  Peluang yang Allah berikan kepada kami di Akademi untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan 24orang lagi JUTAWAN TERNAK seluruh Malaysia.

Peserta yang hadir dari segenap pelusuk Malaysia, dari Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Selangor juga Kuala Lumpur.  21 dari 24 orang peserta mengambil Kursus Usahawan Ternakan Ruminan manakala selebihnya Unggas.


Peserta Unggas bermesra dengan itik

Antara jenis unggas di MJ Fatonah
Sessi amali pembersihan reban
Amali sembelihan
Sessi bermesra dengan lembu MJ
Ni lembu ker kucing??
Taklimat dan lathan amali dikendalikan sendiri oleh En MJ
Wau!! Dah macam Doktor Veterinar
Puas hati dapat hands on amali rawatan kambing
Sessi penerangan pembuatan baja organik di Rumah Baja MJ Fatonah
Kami juga mendoakan agar segala usaha akan membuahkan hasil yang lumayan.  Kelebihan para peserta ini, kebanyakannya telah ada tapak projek yang telah dikenalpasti.


Ini yang buat saya benar-benar terharu... besar sungguh harapan bikers ini untuk berjaya, sanggup riding dari Johor dan Penang.  Ramdan dan Solihin, Allah akan balas usaha kalian ini dengan kejayaan, Insya Allah.  Kepada yang lain-lain juga...Good Luck JUTAWAN TERNAK!!

Sessi November akan berlangsung pada 21 - 23hb November 2015 

Rabu, September 23, 2015

KP1508 (19-21hb Sep 2015)

Seramai 28 orang bakal jutawan ternak hadir dari seluruh Malaysia.
21 orang memilih untuk menjadi jutawan ternak lembu dan kambing,  selebihnya memilih untuk menjadi usahawan ayam kampung,  itik dan puyuh

Rabu, September 16, 2015

Ziarah Tani Pemenang MAHA 2014 Ke Xi'an & Guangzhou, China

Terutama sekali saya bersyukur kepada Ilahi kerana telah mempermudahkan perjalanan kami pergi dan pulang Malaysia - China - Malaysia.
Jutaan terima kasih kepada LPP sebagai penganjur kepada Ziarah Tani Pemenang MAHA 2014 ke Xi'an & Guangzhou, China.
Perjalanan 6hari 5 malam bermula pagi 7hb Sept 2015 dari KLIA ke Baiyun International Airport, Guangzhou. Perjalanan diteruskan ke Xi'an dengan penerbangan domestik.  Seharian di perjalanan, sampai ke Hotel Ramada jam 10.00pm.  Check in dan terus keluar makan malam di Muslim Street jam 10.30pm.  Badan letih, mata mengantuk tapi perut lapar... kena keluar juga.

 Program bermula 8hb Sept 2015 ke Yang Ling Agriculture Park, sebuah tapak pertanian seluas 500ekar dengan berbagai jenis tanaman ala-ala Cameron Highland.











Destinasi ke dua ialah Yang Ling Machinery, tempat menjual jentera-jentera pertanian.


Pulang ke Xian dan makan malam di Muslim Street lagi..
Hari berikutnya, 09hb Sept 2015, ke Sanbao Supermarket, sebuah pasaraya yang menjual produk-produk tempatan dan luar negara yang mempunyai sijil pengesahan halal.  Dimiliki oleh Tuan Haji Abu Bakar, antara usahawan Islam terkaya di China.



Pulang ke Xian mengambil masa 2jam.  Makan tengahari dan bertolak ke tempat sejarah Pahlawan Terracotta.  Sejarah di sini sangat unik di mana 8099 patung pahlawan, kuda dan peralatan perang di tanam di sini.  Berdekatan dengan Pusara Maharaja China yang Pertama Qin,