Selasa, Disember 30, 2014

Inkubator Mudah Tetas

Alat penetasan tiruan atau inlubator mudah tetas MJFatonah adalah yg praktikal dan mudah guna serta simple. I


Diperbuat daripada plastik yg cantik dan mudah cuci agar kebersihan mudah dijaga.


Muatan sekali isi...60 biji telor ayam atau 40 biji telur itik atau 120 biji telur puyuh


Menggunakan 2 mentol 40W agar pusingan haba dapat dibekalkan dengan penjimatan penggunaan elektrik. 

Inkubator ini dikendalikan secara manual dan perlu 3 kali golelkan telur sehari. Belas air disediakan untuk mengekalkan kelembapan sekitar 83%.

Harga pasaran RM250 sahaja tidak termasuk penghantaran. Hubungi kami untuk tempahan segera - 017-3343800



Isnin, Disember 29, 2014

Kursus Lembu & Kambing dan Kursus Ayam Kg, Itik & Puyuh

'DiSini Lahirnya Jutawan Ternak'

Kursus Pesendirian ( Berbayar) tahun 2015

KP1501: 14-16hb Feb 2015
KP1502: 14-16hb Mac 2015
KP1503: 04-06hb Apr 2015
KP1504: 25-27hb Apr 2015
KP1505 16-18hb May 2015
KP1506  30hb May - 01hb Jun 2015
KP1507  29-31hb Ogos 2015
KP1508  12-14hb Sep 2015
KP1509  10-12hb Oct 2015
KP1510  14-16hb Nov 2015
KP1511  26-28hb Dec 2015

Yuran: RM700/peserta
Termasuk penginapan, makan&minum dan pembelajaran serta khidmat nasihat sepanjang hayat

Untuk bersama program ini ...

Hubungi 012-3343800
Hantar msg/whatApp Nama, IC dn Alamat
Bank in deposit RM100 ke Maybank 562133504614 Akademi Usahawan MJ Fatonah
Baki RM600 dibayar sewaktu pendaftaran

Jadual program Ruminan


Jadual program Unggas


Lokasi kami






Melahirkan Jutawan Bidang Penternakan - KOSMO 20hb Disember 2014

Sekali lagi KOSMO memberi peluang MJ Fatonah menghiasi dada akhbarnya di ruangan Varia pada 20hb Disember yang lalu.  Oleh kerana kesibukan dengan sambutan Selangor Agrofest ketika itu, post ini tertunda juga.

Kali ini KOSMO menceritakan tentang Akademi Usahawan MJ Fatonah yang telah melahirkan usahawan-usahawan ternakan berjaya.  Artikel ini boleh dibaca secara online dipautan berikut: 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Versi Online
Versi akhbar
Terima kasih kepada KOSMO atas peluang yang diberikan.

Ahad, Disember 28, 2014

Liputan lawatan YAB Menteri Besar di Selangor Kini

Lawatan YAB Dato Menteri Besar ke MJ Fatonah Sdn Bhd mendapat perhatian akhbar Selangor Kini pada 19hb Disember 2014 dan 26hb Disember 2014.
Artikel ini boleh dilihat dengan lebih jelas di pautan berikut http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2014/12/Selangorkini-Januari-1-2015.pdf - muka surat 6 (Ruangan Tempatan)
Artikel ini boleh dilihat dengan lebih jelas di pautan berikut http://bm.selangorku.com/64920/%EF%BB%BFkerajaan-negeri-mj-fatonah-kerjasama-tingkat-sektor-penternakan/

Selasa, Disember 23, 2014

Laporan Sinar Harian 23hb Dis 2014

Akhbar Sinar Harian bertarikh 23hb Dis 2014 membuat liputan tertunda program Selangor AgroFest pada 20hb Dis 2014.

Selangor AgroFest 2014

Selangor Agrofest 2014 kali ini diadakan di Stadium Sungai Besar, Selangor dari 18hb-21hb Disember 2014.  Program yang sangat meriah dan dicatatkan sebagai SAF yang terbesar sejak diadakan.  Penglibatan jabatan-jabatan kerajaan dan usahawan yang mempamerkan produk masing-masing menambah kemeriahan program ini.
Alhamdulilah, saya sebagai Pengarah Urusan MJFatonah dinobatkan sekali lagi sebagai Pemenang Tempat Pertama (Kategori Ternakan) dan Anugerah Khas Selangor AgroFest 2014.
Dato' Menteri Besar YAB Azmin bin Ali menyampaikan tropi Anugerah Khas SAF2014 , sijil dan cek.
Dato' Menteri Besar YAB Azmin bin Ali menyampaikan tropi Pemenang Tempat Pertama (Kategori Ternakan) SAF2014 , sijil dan cek
Barisan penerima anugerah SAF2014 bergambar kenangan bersama Dato Menteri Besar, Exco dan Pegawai Daerah
Sijil Anugerah yang diterima semasa SAF 2014
Baju yang ditempah khas untuk para penerima anugerah di SAF2014
Diwawancara oleh DJ Zubir untuk berkongsi pengalaman dan tips kejayaan bersama para pengunjung karnival
Sempat post dengan kenderaan rasmi Dato' MB Selangor
Ribuan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor kerana menyediakan booth untuk MJ Fatonah sempena SAF2014 ini.
Bersama Dr Fauziah

Backdrop yang disediakan oleh JPV Negeri Selangor untuk MJ Fatonah Sdn Bhd
Kunjungan YB Azmin dan exco YB Zaidy ke booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor
Bergambar kenangan bersama Dato Menteri Besar, YAB Azmin Ali, Exco Pertanian, YB Zaidi, Pengarah JPV Selangor, Dr Latif, Timbalan Pengarah, Dr Fauziah dan pengusaha E Mann Food Sdn Bhd

Pandai melawak MB kita ni..

Terima kasih juga kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor kerana menyediakan booth untuk para penerima anugerah SAF2014.
Poster disediakan oleh LPP Negeri Selangor
3 ekor rusa yang sedang dipanggang untuk Program Cuba Rasa BBQ anjuran JPV Negeri Selangor
Yang ni real Abang Long MJ Fatonah
Pelapis MJ Fatonah sedang beraksi

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor memberi peluang kepada MJ Fatonah menyediakan menu Cuba Rasa BBQ.
i.    18hb Dis - BBQ 5 ekor ayam belanda, sup cendawan dan garlic bread
ii.   20hb Dis - BBQ 3 ekor rusa, kentang putar dan coleslaw
iii.  21hb Dis - BBQ 3 ekor kambing, kentang putar dan coleslaw
Melayan para pengunjung merasa BBQ rusa dan menu sampingan
Alhamdulilah..amanah disempurnakan dgn jayanya..TKasih JPV
Sempat bergambar dan berbicara dgn Exco Pemodenan Infra dan Pertanian Selangor, YB Zaidi
Sempat mendengar ceramah Tuan Guru Hadi Awang..Hari Ahad
Program ini telah mendapat liputan oleh Sinar Harian pada hari Selasa, 23hb Disember 2014.

Harian Sinar 23hb Disember 2014
Sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya MJ Fatonah Sdn Bhd menerima anugerah ke 5 dan ke 6 untuk tahun ini selepas anugerah di MAHA 2014.  Jutaan terima kasih kepada seluruh famili, warga MJ Fatonah, Sahabat-sahabat MJ Fatonah, MoA, JPV, LPP, PPK, Jab. Pertanian dan semua yang terlibat.

Isnin, Disember 22, 2014

Lawatan Kerja Dato' MB Selangor, YAB Tuan Mohamed Azmin bin Ali

Syukur alhamdulilah, YAB Dato' MB Selangor, Tuan Mohamed Azmin bin Ali menunaikan janjinya untuk hadir ke ladang kami sejak berjumpa pertama kalinya sewaktu Perasmian MAHA2014.
Kehadiran Dato MB ke Majlis Perasmian MAHA 2014 amat membanggakan kami
YAB Dato' Menteri Besar sampai tepat jam 3pm, disambut oleh YM Dato' Raja Idris bin Raja Kamarudin, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) serta semua yang hadir seramai lebih 150 orang daripada pegawai jabatan dan agensi kerajaan, Sahabat MJ Fatonah dan masyarakat setempat.


Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk Dato' MB melihat sendiri kejayaan MJFatonah selepas dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana MAHA 2014. Kami diperuntukkan 45 minit dalam sessi turun padang Dato' MB, oleh itu kami menggunakan masa yg diberikan sebaiknya.
Program lawatan bermula dengan Dato' MB turun di kawasan unggas. Kami memberi penerangan mengenai merak, ayam belanda, ayam mutiara. Sambil berjalan disetiap rumah ayam ini, kami maklumkan potensi yang ada disetiap komuditi. 
Kemudian Dato Menteri Besar melawat kawasan kambing kerana beliau pernah menternak kambing suatu masa dahulu. Dato MB sempat membelai kambing sambil disaksikan oleh semua hadirin
YB Azmin menceritakan pengalamannya menternak kambing di zaman sekolah
Manja sungguh lembu-lembu MJF dengan Dato MB
YB Azmin juga dibawa ke rumah lembu dan beliau sangat teruja kerana saiznya besar dan sihat. Sempat bermanja dengan lembu yang jinak-jinak.
Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd.  Dalam ucapan saya merakamkan rasa terima kasih atas kesudian YAB Tuan Azmin Ali datang melawat ladang kami.  Diikuti dengan teks ucapan yang disampaikan oleh YB Azmin.
Barisan tetamu kehormat yang hadir: Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Hj Suliman, Pengerusi KPS, YM Raja Idris, Dato' Menteri Besar, YAB Tuan Azmin Ali, Exco Pertanian, YB Haji Zaidy & Exco Pembangunan Desa, YB Haji Yunus
 
Dato MB berkesempatan melihat sendiri barangan yang diagihkan kepada penerima bantuan KPS.  Bantuan ini disalurkan melalui program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).  Di antara barangan yang diagihkan adalah freezer, mesin memproses ayam dan mesin timbang digital.  Beliau juga menyempurnakan gimik penyerahan agihan kepada Sahabat MJ Fatonah (peserta RKRS) yang layak.
Gimik penyampaian Bantuan Modal RKRS oleh YAB Dato Meteri Besar
Majlis terus disempurnakan dengan menandatangani plak lawatan kerja.
Plak Kenangan Lawatan Kerja YAB Menteri Besar ke MJ Fatonah

YAB Dato Menteri Besar, exco-exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai jabatan kerajaan/agensi, Sahabat MJ Fatonah dan orang-orang kampung dijamu dengan 2ekor BBQ ayam belanda, 2ekor BBQ kambing bersama menu sampingan, sup ayam selasih dan nasi goreng cina.  Terima kasih kepada Shafie's Brothers dan Jabatan Pertanian Kuala Selangor untuk tajan air kelapa mataq/pandan.

BBQ Kambing dan Ayam belanda
Antara jemputan yang hadir
Penyerahan cenderahati untuk YAB Azmin
Menjamu selera dengan menu special ;Sup Ayam Selasih
Bergambar kenangan sebelum YB Azmin pulang
Akhir kata, kami warga MJ Fatonah sekali melahirkan rasa syukur pada Allah swt kerana telah mempermudahkan dan melancarkan majlis bermakna ini.  Cuaca yang sangat baik meskipun sekarang musim hujan.  Jutaan terima kasih kepada YAB Dato Menteri Besar: Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Exco Industri Asas Tani: YB Zaidy Abdul Talib, Exco Pembangunan Desa: YB Hj Yunus Hairi, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor: YM Raja Idris bin Raja Kamaruddin, Pengarah Veterinar Negeri Selangor: Dr Latif, Pegawai Daerah Kuala Selangor: Tuan Haji Suliman, Penghulu Mukim Kuala Selangor: En Hanis, YDP MPKS: Puan Hajjah Noraini, Pengerusi JKKK Kg Kuantan: En Hazol, Pegawai Veterinar Daerah: En Haris, Pegawai Jabatan Pertanian Kuala Selangor: En Izwan Hasan, Pegawai CSR KPS: En Ismail Zam Zam, pegawai-pegawai jabatan / agensi, Sahabat MJ Fatonah, warga Kg Teluk Penyamun / Kg Sepakat / Kg Kuantan, keluarga dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis kami ini.  Maaf juga kami pohon jika terdapat kekurangan dan kelemahan di majlis ini.

Lawatan ini juga mendapat liputan dari Selangor Kini.  http://bm.selangorku.com/64920/%EF%BB%BFkerajaan-negeri-mj-fatonah-kerjasama-tingkat-sektor-penternakan/

Khamis, Disember 18, 2014

Lawatan Staff Perangsang Temple Golf Resort Rawang

Seramai 60 orang staff PTGC hadir membuat lawatan singkat ke ladang kami 
Mereka bakal diberhentikan kerja hujung tahun ini.. Tujuan lawatan adalah utk pendedahan awal ke arah menyujudkan minat kpd bidang baru yg bakal mereka pilih iaitu dunia ternakan lembu, kambing, ayam, puyuh, arnab dan itik.
Sempat bergambar beramai-ramai didataran rumah kambing
Penerangan industri lembu
Rumah kambing...
Jamuan makan tgahari disediakan

Moga mereka memilih pilihan yg tepat dan buat apa yg diminati dulu..kami doakn agar allah permudahkan segalanya