Khamis, Mei 29, 2014

Selasa, Mei 27, 2014

KP1406 Kursus Persendirian Usahawan Ruminan & Unggas

Alhamdulilah 12 orang bakal jutawan ternak menyertai Kursus Usahawan Ternakan Ruminan (Lembu & kambing) dan Kursus Usahawan Ternakan Unggas (ayam kg, itik & puyuh) yang usai di jalankan pada 10-12hb Mei 2014.
3 orang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan Ruminan manakala selebihnya 9 orang mengikuti Kursus Usahawan TernakanUnggas.
Jadual  program dimulai dengan taklimat perkongsian pengalaman MJ Fatonah, Potensi Penternakan di Malaysia, Pembiakan, baka, rekabentuk kandang, pemakanan dan penyakit serta rawatan.
Berdiri Dari Kiri:  Ramli, Radzi, Yusri, Agran, Faizal, Syahir & Arshad
Duduk Dari Kiri:   Othman, Azlan, Jamil (MJF), Fatonah (MJF), Rokiah, Thilaga & Fauziah
Barisan peserta kali ini datang dari Kelantan, Johor, Terengganu, Sarawak dan negeri Selangor juga.  Matlamat kita adalah satu:
~ BERSAMA MENUJU KEJAYAAN ~

Baja Organik sebagai salah satu produk hiliran syarikat
3 hero Ruminan kali ini.. Agran, Syahir dan Faizal.


Amali rawatan kambing
Amali pemvaksinan Anak Ayam
Keunikan kumpulan kali ini adalah latarbelakang peserta yang jauh sekali berbeza dengan projek ternakan. Thilaga seorang peguam yang masih aktif di firma guamannya berhasrat untuk menternak itik penelur yang akan dibantu oleh suaminya.  Azlan seorang usahawan berjaya produk penyusuan ibu telah mendaftarkan AG Farm untuk projek ternakan ayam kampung di tanah mertuanya di Terengganu.  Begitu juga Rokiah yang masih bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia ingin menternak ayam kampung di kampung halamannya di Sarawak.  Ramli pula usahawan pelancongan juga akan menjalankan projek ternakan ayam kampung.  Manakala Syahir, usahawan ternakan lembu ingin membesarkan lagi empayar bisnes ternakan beliau.  Osman, peserta tajaan MARA mengikuti program ini sebagai latihan sangkut persiapan persaraan beliau tahun ini.

Didoakan semua peserta akan memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang kursus berlangsung.  Semoga berjaya dan bertemu di puncak kejayaan.

Jumaat, Mei 02, 2014

Bercuti di Sunway Lagoon...1-2hb May 2014

Sempena cuti Hari Pekerja, kami sekeluarga mengambil kesempatan bercuti rehatkan minda di Sunway Lagoon. Menginap semalam di Sunway Hotel Piramid dan menghabis masa bersama keluarga tercinta. 
Sunway Pyramid Hotel
'Check in' hotel pada 01hb Mei 2014, 2pm.  Disebabkan waktu dah agal lewat, kami mengambil keputusan untuk ke Sunway Lagoon pada hari ke2, 02hb Mei 2014.  Seawal 10am, kami masuk ke Taman Tema yang serba canggih ini..
Promosi Mycard memberi diskaun harga tiket dari RM120/orang ke RM90/orang.
Harga tiket.



Dapat 2 trip ride ATV sebab tak ramai orang



Sesekali jadi bebudak balik


Omak aiiii!!! mahalnyer makanan Nasi Ayam RM13, milo ais RM5.. ape rasionalnyer???

Mandi-manda time!

At Rimba

Dah lama tak masuk Sunway Lagoon, kena tengok map balik.

Rase macam pelancong luar negara pulak...