Khamis, Mac 27, 2014

Lawatan ILP

Seramai 40 orang dari Institut Pertanian (ILP) Bumbung Lima, Pulau Pinang berkunjung ke Ladang MJ Fatonah Sdn Bhd jam 12 tengahari 27hb Mac 2014 untuk mendapat pendedahan tentang dunia sebenar penternakan kambing.
Taklimat diberikan oleh anak kami yang memikul tugasan pengurus ladang En Khairul. Kami tidak dapat bersama mereka kerana menghantar pulang pekerja dan mengambil pekerja baru di LCCT.
Lawatan ini diiringi oleh pegawai dari IADA dan PPK Kuala Selangor (En Suhaimi). Terima kasih ILP kerana sudi melawat kami di sini.
Moga ilmu yg dikongsikan dapat menambah teori yang didapati dari pembelajaran didalam kuliah.
Bergambar kenangan

Menerima cenderahati dari wakil ILP, Bumbung Lima

Sessi penerangan oleh pengurus ladang


Kursus Usahawan Ternakan Unggas & Ruminan Bulan Mei 2014

Kursus Usahawan Ternakan Unggas (Ayam kampung, Itik & Puyuh)
Kursus Usahawan Ternakan Ruminan (Lembu & Kambing)

Kursus Persendirian bagi bulan April 2014 akan dijalankan seperti jadual dibawah ini.
       KP1405 :  10-12hb Mei 2014
       KP1406 :  24-26hb Mei 2014
Kursus ini terdiri 2 kumpulan yang berbeza iaitu:
       Kursus Ruminan - Lembu&Kambing
       Kursus Unggas - Ayam kampung, itik & puyuh

Tempat kursus di Akedemi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor
Kos RM700 meliputi penginapan dan makan & minum sepanjang kursus. RM100 (tempahan tempat) dibayar ke akaun:
Bank:    Maybank
Nama:   MJ Fatonah Sdn Bhd
Akaun:  562085515735

Pendaftaran jam 10am hari sabtu dan berakhir jam 1pm pada hari ketiga (Isnin).  Hubungi 012-3343800 untuk pendaftaran.  Jadual program seperti dibawah.