Khamis, Ogos 29, 2013

Lawatan Akademik Pelajar Institut Pertanian Titi Gantung, Perak

Bergambar kenangan bersama kumpulan pelajar & kakitangan Institut Pertanian Titi Gantung
Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan lancar.  Walaupun berlaku sedikit kelewatan, susunatur lawatan yang disusun dapat dipenuhi.  Program lawatan ini dimulakan dengan alu-aluan dari Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Pn Siti Fatonah.  Diikuti dengan pengenalan oleh En Hashim, wakil dari IPTG.  Seterusnya, pembentangan slide berkisar tentang pengenalan syarikat, perkongsian pengalaman dan motivasi keusahawanan.  Diteruskan dengan sessi soal jawab.  Persoalan banyak berkisar tentang penternakan ayam pedaging.  Di sini penilaian tentang daya untungrugi projek, faktor-faktor kegagalan sesebuah projek dan perancangan masa depan projek.

Galeri Sekitar lawatan



Difahamkan bahawa kumpulan peserta ini terdiri dari pelajar di dalam bidang ternakan yang amat berminat dengan bidang yang diceburi.  Tips-tips keusahawanan yang dibentangkan harap akan membuka minda pelajar-pelajar untuk menjadi USAHAWAN TERNAK YANG BERJAYA suatu hari nanti.

Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan rombongan, Kami mendoakan anda semua berjaya di dalam bidang penternakan ini.

Rabu, Ogos 28, 2013

Bekalan Anak Puyuh Sihat & Segar

Potensi projek ternakan puyuh semakin meningkat terutama menjelang musim perayaan.  Antara kelebihan menternak puyuh ini adalah:
* Modal yang rendah
* Pasaran yang berterusan
* Penjagaan lebih mudah
* Tempoh menternak yang pendek
* Kepelbagaian jualan (hidup, proses, siap perap atau masakan)
* Ruang ternakan yang kecil
* Boleh dijalankan secara sambilan
* Nutrien daging dan telur puyuh yang banyak

Di Akademi Usahawan MJ Fatonah, kursus penternakan puyuh disatukan dengan ilmu-ilmu ternakan ayam kampung dan itik.  Dengan yuran RM600 sahaja, anda akan mendapat kursus 3 dalam 1 yang dinamakan Kursus Usahawan Ternakan Unggas (Ayam kampung, Itik & Puyuh)..

Dengan harga serendah RM0.80seekor (minima 100ekor), anda akan dibekalkan anak puyuh yang sihat, segar dan akan mencapai berat yang disasarkan (mengamalkan teknik penternakan yg sistematik). Kami juga membekalkan peralatan penternakan lain seperti bekas makanan, bekas minuman, pemanas (hoover), dedak, vaksin, vitamin dan sebagainya.

Hubungi 012-3343800 (Fatonah) untuk maklumat lanjut tentang kursus atau tempahan anak puyuh.

Reunion dan Raya Gathering STTJ 85/86

Setelah beberapa bulan merancang pertemuan semula sahabat2 dari Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban sessi 85/86 (STTJ 85/86), hari yang ditunggu-tunggu, 24hb Ogos 2013 akhirnya mengumpoulkan kami lagi.

Majlis Eid Fitri 1434 MJ Fatonah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana dengan izin dan redhaNya, majlis Eid Ftiri yang dirancang telah berlangsung dengan riang gembiranya.  Terima kasih kepada para sahabat handai serta saudara mara yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis kami.

Ahad, Ogos 11, 2013

Jemputan Majlis Eid Fitri 1434H

Daun Selasih, Daun Pegaga
Harum Semerbak Si Buah Kuini
Jemput Datang Seisi Keluarga
Meriahkan Majlis Eid fitri kami ini


Tarikh: 
17hb Ogos 2013 (Sabtu)
Masa: 
12.00pm – 6.00pm
Alamat:
No. 17, Lot 3384, Jln Tembusu, Kg Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor
GPS:
3.163479, 101.533871