Selasa, Mei 14, 2013

Bengkel Baja Organik Anjuran ANGKASA Negeri Sembilan

Galeri sekitar Bengkel Baja Organik
Bengkel Baja Organik telah dijalankan dengan jayanya di Glory Beach Resort, Port Dickson dari 10hb - 12hb Mei 2013.  Bengkel anjuran ANGKASA Negeri Sembilan ini telah dihadiri oleh 32orang koperator yang merancang untuk menjadikan baja organik sebagai produk terbaru koperasi.
Dengan bantuan Encik Azman, selaku penyelaras bengkel dan wakil dari ANGKASA Negeri Sembilan, bengkel ini telah berjalan dengan begitu lancar sekali.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yusuf bin Daud selaku Setiausaha ANGKASA Negeri Sembilan.  Beliau telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel.
Para koperator yang menghadiri bengkel ini amat berpuashati dengan perjalanan program bengkel yang diatur.  25orang dari koperator-koperator ini telah menghantar surat permohonan untuk mengikuti Bengkel Lanjutan Pembuatan Baja Organik di Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 05hb Jun 2013.  Semoga permohonan koperator-koperator ini akan mendapat perhatian ANGKASA Negeri Sembilan.

Jumaat, Mei 03, 2013

LAWATAN DELIGASI PERTANIAN INDIA DI MJ FATONAH

Para deligasi dalam sessi taklimat, suaikenal dan lawatan ladang
Program lawatan deligasi pertanian dari India ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia & Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.  Seramai 20orang dari berbagai daerah/negeri di India terdiri dari usahawan-usahawan berjaya, penyelidik dan pakar-pakar dibidang masing-masing.  Kumpulan deligasi ini diiringi oleh pegawai-pegawai dari Jab. Veterinar & Jabatan Pertanian Putrajaya.
Program berlangsung selama 3jam dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Sabariah (JPV Putrajaya), penerangan profil syarikat oleh Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Pn Fatonah, demonstarsi pembuatan baja & silaj, jamuan makan tengahari dengan hidangan Vegetarian & non-vegetarian.  Program diakhiri dengan lawatan sekitar ladang dan sessi bergambar.
Para peserta sangat teruja dengan sistem yang kami jalankan di MJ Fatonah Sdn Bhd.  Cabang niaga yang sangat menarik perhatian mereka adalah Program Animal Hotel untuk kambing,  Mereka bercadang untuk mencuba program itu di India.

Khamis, Mei 02, 2013

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN RUMINAN & UNGGAS (JUN 2013)


Tarikh Kursus:  22 - 24hb Jun 2013
Jenis Kursus:
1.  Ruminan : Lembu & Kambing
2.  Unggas: Ayam Kampung, Itik & Puyuh
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada usahawan / bakal usahawan ternakan:
i. Pengurusan Teknikal Penternakan (Teori & Amali)
ii. Motivasi Keusahawanan
iii. Pengurusan Akaun, Kewangan & Rekod2 Ladang
Modul yang akan dibentangkan di dalam kursus adalah:
*                      Perkongsian Pengalaman Syarikat
*                       Potensi Kerjaya Penternakan Ruminan & Unggas
*                       Mengenal Baka Dan Pembiakan
*                       Teknik Pembersihan Kandang/Reban & ‘Feeding’ (Amali)
*                       Pemakanan Seimbang Ternakan
*                       Pengurusan Rekod Ladang Dan Ternakan
*                       Penyembelihan Halal (Teori & Amali)
*                       Penyakit, Rawatan & Pemvaksinan (Teori & Amali)
*                       Penggunaan Probiotik Moden
*                       Rekabentuk Kandang/Reban & Fasiliti Ladang
*                       Pemasaran Berkesan
*                       Akaun Ternakan & Pengiraan Untungrugi
*                      Bincang Niaga (Motivasi Kerohanian / Keusahawanan) 
Untuk mendaftar:
  • SMS nama, nombor kad pengenalan & alamat email kepada 012-3343800 
  • Bank in deposit RM100 untuk pengesahan penyertaan ke akaun MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank) 562085515735. Baki yuran dibayar pada hari kursus. 
  • Bawa bank in slip pd hari kursus sebagai rujukan akademi.

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG. ITIK & PUYUH

Tarikh Kursus:
  1. 18 - 20hb Mei 2013
  2. 01 - 03hb Jun 2013
  3. 22 - 24hb Jun 2013
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada usahawan / bakal usahawan ternakan ayam, itik dan puyuh tentang:
i. Pengurusan Teknikal Penternakan (Teori & Amali)
ii. Motivasi Keusahawanan
iii. Pengurusan Akaun, Kewangan & Rekod2 Ladang

Modul yang akan dibentangkan di dalam kursus adalah:
*                      Perkongsian Pengalaman Syarikat
*                       Potensi Kerjaya Penternakan Ayam Kampung, Itik & Puyuh
*                       Mengenal Baka Dan Pembiakan
*                       Teknik Pembersihan Reban & ‘Feeding’ (Amali)
*                       Pemakanan Seimbang Ternakan
*                       Pengurusan Rekod Ladang Dan Ternakan
*                       Penyembelihan Halal (Teori & Amali)
*                       Penyakit Dan Rawatan (Teori & Amali)
*                       Penggunaan Probiotik Moden
*                       Rekabentuk Reban & Fasiliti Ladang
*                       Pemasaran Berkesan
*                       Akaun Ternakan & Pengiraan Untungrugi
*                      Bincang Niaga (Motivasi Kerohanian / Keusahawanan) 

Untuk mendaftar:
  • SMS nama, nombor kad pengenalan & alamat email kepada 012-3343800 
  • Bank in deposit RM100 untuk pengesahan penyertaan ke akaun MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank) 562085515735. Baki yuran dibayar pada hari kursus. 
  • Bawa bank in slip pd hari kursus sebagai rujukan akademi.