Ahad, Mac 31, 2013

CERAMAH PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA PRA PERSARAAN POS MALAYSIA

Bersama bakal-bakal pesara POS Malaysia seluruh Malaysia untuk Sessi Perkongsian Pengalaman & Motivasi Keusahawanan di Institut Pos Malaysia, Bangi.  Program ini bertujuan untuk membuka minda para bakal pesara kakitangan POS Malaysia yang ingin menceburi bidang keusahawanan penternakan.
Syukur Alhamdulillah, program berjalan seperti yg dirancang walaupun tersesat jalan untuk ke sana.  Terimakasih kepada Encik Fazly, Encik Ramli dan semua peserta yang terlibat di dalam program ini.

Sabtu, Mac 30, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Ayam Kampung, Itik & Puyuh (Sessi Mac 2013)

Untuk Sessi Mac 2013, kursus dijalankan pada 16 - 18hb Mac 2013.  Seramai 15orang peserta menyertai kursus kali ini yang datang dari berbagai negeri termasuk dua orang peserta dari Sarawak.  Di dalam kursus ini, peserta diberikan pendedahan secara teori dan amali teknik-teknik penternakan ayam kampung, itik dan puyuh.
Terima kasih kepada peserta kerana memilih Akademi Usahawan Ternakan MJ Fatonah sebagai tempat kursus & perkongsian ilmu.  Terima kasih juga kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan.
Kursus Sessi April akan diadakan pada 13 - 15hb April 2013.
 

Kursus Usahawan Ternakan Kambing & Produk IAT (BBQ) Anjuran JPV Selangor

Kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor ini bertujuan membuka minda usahawan ternakan kambing untuk mempelbagaikan produk ladang mereka.  Di dalam kursus ini, peserta diberikan pendedahan secara teori dan amali teknik-teknik penternakan kambing dan penyediaan BBQ serta menu-menu sampingan.
Kursus berlangsung pada 12hb - 14hb Mac 2013 disertai seramai 20orang usahawan ternakan kambing seluruh Selangor bersama seorang pegawai pengiring.
Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor kerana memilih Akademi Usahawan Ternakan MJ Fatonah sebagai tempat kursus & perkongsian ilmu.  Terima kasih juga kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan.

SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA NEGERI SELANGOR 2013

MJ Fatonah Sdn Bhd dijemput menjadi speaker di Seminar Pembangunan Usahawan Bumiputera Negeri Selangor.  Program ini dianjurkan oleh Selangor State Investment Centre (SSIC Berhad), dirasmikan YB Teresa Kok Suh Sim, bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan perniagaan dan kerjaya sebagai usahawan serta bidang keusahawanan merupakan suatu punca rezeki dan pendapatan berterusan.
 
OBJEKTIF SEMINAR
  • Memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan panduan untuk menjadi usahawan.
  • Memberikan pendedahan berkenaan kemudahan yang disediakan untuk program pembangunan usahawan.
  • Memberi peluang kepada peserta untuk berdialog dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya.
  • Memberi panduan berkenaan pengurusan kewangan dan panduan penyediaan kertas cadangan perniagaan.
  • Seminar ini bertujuan memotivasikan anak-anak muda untuk mencontohi ketekunan dan kreativiti para usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.
Terima kasih kepada SSIC Berhad kerana menjemput kami berkongsi pengalaman dengan usahawan & bakal usahawan Negeri Selangor

Khamis, Mac 14, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (Sessi Mac 2013)

Alhamdulillah, selesai sudah satu Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing sessi Mac 2013 pada 09 - 11hb Mac 2013. Terimakasih atas kerjasama semua peserta. Semoga berjaya menjadi Usahawan Ternakan yg terbilang suatu hari nanti.