Isnin, Februari 25, 2013

Ceramah Motivasi Keusahawanan Usahawantani - UPM


Memberi motivasi keusahawanan dan berkongsi pengalaman bersama siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk Program Inkubasi Keusahawanan Usahawantani.  Alhamdulillah seramai 48orang peserta menyertai program ini yang berlangsung pada hari Jumaat, 22hb Feb 2013 dari jam 10.30am hingga 12.30pm.

Terima kasih kepada UPM atas jemputan dan terima kasih juga kepada peserta program yang memberi kerjasama serta perhatian sepanjang program berlangsung...

Selamat Maju Jaya kepada anda semua..

Ahad, Februari 24, 2013

Karnival Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor

Bertempat di Dewan Bunga Kertas MBSA, TTDI Jaya, Shah Alam telah berlangsung Karnival Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).  Karnival berlangsung selama dua hari,  23hb - 24hb Feb 2013.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah, dengan limpah kurnia & berkatNya, peserta-peserta saya tidak hanya ditaja kursus malah diberi Bantuan Modal perniagaan juga.  Jutaan terima kasih kepada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad atas bantuan ini.

Kami di MJ Fatonah Sdn Bhd akan terus membimbing dan memberi khidmat nasihat / pandangan kepada peserta kursus ternakan ini agar mereka berjaya mencapai impian / hasrat untuk menjadi USAHAWAN TERNAK YANG BERJAYA suatu hari kelak.  Amin..

Lawatan Delegasi dari Long Pasia, Sabah

Menerima rombongan pendakwah dari Pusat Tahfiz As Syakirin, Bangi bersama deligasi dari Long Pasia, Sabah.  Rombongan lawatan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal saudara baru yang sedang diberi suntikan iman dan Islam ke dalam diri mereka. 
Kami di MJ Fatonah Sdn Bhd mendoakan usaha murni Pusat Tahfiz As Syakirin mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt.
Terima kasih atas lawatan.

Ahad, Februari 17, 2013

Penyerahan Projek Ternakan Kambing Untuk Asnaf Lembaga Zakat Selangor

MJ Fatonah Sdn Bhd telah menyempurnakan amanah yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk pakej penternakan kambing untuk Puan Nora binti Montil di Kg Bukit Cherakah, Jeram, Selangor.  Pakej ini termasuk:
1.  Pembinaan Kandang Kambing berukuran 12' x 20'
2.  Kambing Biak (Induk Boer 5ekor + Jamnapari pejantan 1ekor)
3.  Kambing Aqiqah (Baka Ferral 2ekor)
4.  Ubat-ubatan, peralatan rawatan & Nyahkuman
Beliau juga telah berpeluang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).

Kursus Usahawan Ternakan Kambing & Teknik Penyediaan BBQ Kambing

Akademi Usahawan MJ Fatonah akan mengadakan Kursus Usahawan Ternakan Kambing & Teknik Penyediaan BBQ Kambing pada 12-14hb Mac ini.
Fee hanya RM750/org shj utk pakej lengkap makan minum, penginapan, nota kursus, uniform (t-shirt & topi), beg kursus & sijil.

BONUS:
Peserta akan membawa pulang baja organik, marinate paste, bahan-bahan menu sampingan (whipped potato, mushroom soup, mayonis & sos2 BBQ)
Tempat terhad kpd 10peserta shj. Sila tempah tempat anda sekarang!

Sabtu, Februari 09, 2013

Jadual Kursus-kursus Anjuran JPV Selangor

Perkongsian maklumat dari JPV Negeri Selangor.
Tentatif Jadual Kursus Penternakan & Usahawan Veterianr (Mac - Jun 2013) adalah seperti berikut:
NO KURSUS TARIKH TEMPAT
1 Penternakan Ayam Kampung  5-7hb Mac 2013 ITU, Melaka
2 Penternakan Kambing & Produk Hiliran 12-14hb Mac 2013 Akademi Usahawan MJ Fatonah
3 GMP & Logo Halal 10-11hb April 2013 JPV Selangor, Shah Alam
4 Pembungkusan, Pelabelan & Penjenamaan Produk 16-18hb April 2013 JPV Selangor, Shah Alam
5 Aplikasi Teknologi EM di Ladang Ternakan 24-25hb April 2013 PPVD Kuala Langat
6 Penternakan Ayam Pedaging 6-7hb Mei 2013 JPV Selangor, Shah Alam
7 Pembiakbakaan / AI Tarikh akn ditetapkan Ladang Ternakan Sg Nilam
8 Asas Perakaunan & Kewangan 21-23hb Mei 2013 JPV Selangor, Shah Alam
9 Penternakan Lembu Pedaging 11-13hb Jun 2013 JPV Selangor, Shah Alam & TKPM
10 Kaedah Pemasaran Produk Yg Lebih Efektif 25 - 27hb Jun 2013 Tempat akn ditetapkan

Sila layari www.dvssel.gov.my untuk maklumat lanjut & muat turun borang permohonan kursus atau dapatkan di JPV Daerah masing-masing.