Isnin, April 29, 2013

Kursus Usahawan Pembuatan Baja Organik Anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Kursus yang dijalankan pada 09 - 11hb April 2013 ini dihadiri oleh koperator-koperator dari seluruh Malaysia.  Para peserta mula mendaftar di Kampus Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya dan meneruskan kursus teori dan amali di Akademi Usahawan MJ Fatonah.
Seramai 16orang peserta menyertai diiringi oleh 2orang pegawai dari MKM.  Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta bahawa baja adalah nilai tambah ternakan mereka dan sebagai cabang pendapatan di dalam projek ternakan.
Di akhir kursus, semua peserta memberi komen positif dan amat berpuashati dengan program yang dijalankan.  Jutaan terima kasih kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) atas kepercayaan yang diberikan kepada MJ Fatonah Sdn Bhd dalam mengendalikan program ini.  Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberi komitmen sepenuhnya sepanjang kursus berlangsung.

Selasa, April 02, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing Sessi April 2013

Alhamdulillah, satu lagi sessi Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing selesai dijalankan dari 30hb Mac - 01hb April 2013.  Kursus ini berbeza sedikit dari kursus2 yang lain.  Peserta menyambung kursus ini sehingga petang untuk topik ayam kampung, itik & puyuh pula.
Satu lagi keunikan kumpulan ini ialah pesertanya datang dari berbagai negara.  En Mustafa, warga Singapura bersama isteri beliau Puan Hajjah Rosnah (warga Brunei) juga pekerja mereka Encik Norhadi (warga Indonesia yg dh dapat PR Msia).  Warga Malaysia Encik Norhisham (kali ke2 berkursus di MJ Fatonah) dan Tuan Syed Haizir.
Peserta berpuas hati dengan modul yang disusun selama 3hari ini.  Syukur kepada Allah..