Sabtu, November 16, 2013

Itik Cherry Valley... Terbaik Dari Ladang MJ Fatonah

Kepada peminat menu2 itik...Kari itik or rendang itik or nasi itik atau ape jua menu kegemaran anda, jamulah selera dengan Cherry Valley kami....
Dijamin sihat, diternak secara sistematik dan kemajuan penggunaan probiotik EM.  Kami amat mementingkan kualiti dan kesihatan itik.

Pilihlah itik Cherry Valley di ladang kami di MJ Fatonah Sdn Bhd dengan harga yang amat berpatutan.  Pilihan diberi samada belian itik hidup dan siap proses mahupun anak itik.
Kepada sahabat2 usahawan ternakan itik, dapatkan bekalan anak2 itik sihat dan bermutu tinggi dari kami.  Untuk pembelian 500ekor ke atas, program vaksin ND-IB1 diberikan secara percuma.

Senarai harga itik:
Itik hidup:   RM14/kg  (RM12/kg utk belian 20ekor ke atas)
Upah proses: RM4/ekor
Anak itik:  RM4.50/ekor

Hubungi MJ Fatonah @ 012-3343800 untuk tempahan

Isnin, November 11, 2013

KONVENSYEN HARI PELADANG. PENTERNAK & NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2013


Selesai sahaja penutup Kursus 'Hands On' Ternakan Kambing dengan peserta dari LPP Perak di Akademi, kami memecut ke Kuantan untuk Program Bualbicara Agroprenuer Muda yang dikendalikan oleh Zamzarina Zambri (Host Apa Kata Wanita, TV1).  Program ini adalah salahsatu program di Konvensyen Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2013 di Kuantan, Pahang.  Saya telah dilantik sebagai Ikon Penternakan untuk program ini.
Bersama Dato Sri Ismail Sabri Yaakub di Majlis Makan Malam Konvensyen
Bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato Aziz bin Jamaluddin dan Pengarah Veterinar Pahang di Majlis Makan Malam Konvensyen
Bersama ikon IKS Puan Musliha, moderator Zamzarina Zambri, Ikon Pertanian Cik Azura dan Ikon Perikanan En Hanif
Menerima cenderahati dari Timbalan Ketua Pengarah LPP, En Kamarul Badri
Program Bualbicara ini memberi peluang kepada usahawan-usahawan & bakal usahawan muda berkongsi cerita suka duka, jatuh bangun usaha yang dijalankan oleh ikon-ikon yang dijemput.  Berbagai tips-tips kejayaan yang dikongsikan oleh para ikon mengikut bidang masing-masing.
Kenangan di Program Bualbicara
Kepada JPV & LPP, terima kasih atas jemputan.

Jumaat, November 01, 2013

BENGKEL USAHAWAN TERNAKAN LEMBU ANJURAN ANGKASA SELANGOR / KL

ANGKASA SELANGOR & KUALA LUMPUR
Tawaran menghadiri Bengkel Usahawan Ternakan Lembu kepada koperator yang berdaftar di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Program ini dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).  Kepada koperator yang berminat, sila hubungi pejabat koperasi tuan untuk maklumat lanjut.
Butir-butir Bengkel:
Tarikh  :  06 - 08hb Disember 2013
Tempat :  Akademi Usahawan MJ Fatonah, Lot 1449, Kg Teluk Penyamun, 45600, Kuala Selangor, Selangor
Tawaran terhad kepada 46orang koperator sahaja.  Daftar segera.

Jumaat, Oktober 18, 2013

TAJAAN KURSUS USAHAWAN TERNAKAN LEMBU, KAMBING, AYAM KAMPUNG, ITIK & PUYUH.

Peluang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan TAJAAN (PERCUMA) di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).

Syarat penyertaan:
i. Kelahiran Selangor atau Ibu/bapa kelahiran Selangor atau telah bermastautin di negeri Selangor >5tahun
ii. Menganggur / tidak bekerja tetap
iii. Keutamaan diberi kpd pemohon yang telah menjalankan projek ternakan
 

Tempoh kursus: 
6hari 5 malam 

Tarikh Kursus: 
i.  25-30hb Nov 2013 (Batch 1)
ii.  16hb - 21hb Dis (Batch 2) 

Pakej Kursus
Makan minum, penginapan, latihan teori / amali, Uniform, beg kursus, nota kursus & sijil 

Tempat Kursus: 
Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor, Selangor

Tempat terhad kepada 30orang shj / batch (60 kekosongan shj).
Cepat!!! Rebut peluang ini.
Hubungi: Fatonah 012-3343800 untuk pendaftaran

Isnin, Oktober 14, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR HOSPITAL KAMPAR



Pada 19hb September 2013, berlangsung satu Sessi Lawatan Sambil Belajar oleh sekumpulan kakitangan Hospital Kampar dan peserta PROGRAM PROMOSI TERAPI GANTIAN METADON.  Setelah beberapa kali tertangguh disebabkan oleh tarikh yang bertembung dengan program kursus di Akademi Usahawan MJ Fatonah, akhirnya tarikh ini dipilih utk lawatan tersebut.  Pelawat terdiri dari tiga orang kakitangan Hospital Kampar dan dua orang peserta program.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang potensi keusahawanan ternakan dan menyuntik semangat peserta program untuk menjadi usahawan ternakan berjaya suatu hari kelak. Para pelawat dibentangkan dengan perkongsian pengalaman kami dalam membangunkan bidangusaha ternakan ini dan didedahkan juga peluang / potensi masa depan yang sangat cerah dibidang ini.
Selepas makan tengahari, aturcara terakhir program lawatan ini adalah 'Farm Tour' yang diiirngi oleh En MJ.
Ribuan terima kasih atas kunjungan...

Selasa, September 17, 2013

Dapatkan Lembu Korban 1434H Dari MJ Fatonah

Stok lembu korban untuk 1434H.  Lembu yang cukup umur, sihat tubuh badan dan menepati keperluan jemaah korban.  Baki yang sangat terhad.  Cepat sebelum terlambat.  Harga dari RM3500 - RM3800 termasuk penghantaran sekitar KL / Selangor.
Hubungi 012-3343800 untuk tempahan.

Rabu, September 11, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Sessi 1 September 2013 (7-9hb)

Syukur Alhamdulillah...setelah lebih dua bulan tidak menjalankan program kursus kerana memberi laluan untuk program-program di bulan Ramadhan dan Syawal, sessi 1 bulan September 2013 berlangsung pada 07-09hb Sept 2013.  Seramai 30 orang menyertai kursus ini, 14 orang mengikuti program Unggas (ayam kampung, itik & puyuh) dan 16 orang mengikuti program Ruminan (Lembu & Kambing).  Peserta datang dari berbagai negeri dan yang paling menarik, program kali ini disertai oleh seorang peserta dari Nigeria dan seorang dari Bangladesh.
Peserta Kursus Ternakan Unggas
Seperti biasa, kumpulan Unggas dan Ruminan diasingkan semasa amali.  Kumpulan Unggas diberi pengalaman menyediakan perindukan, memberi vaksin kepada anak ayam/itik/puyuh, membuat nyahkuman di sekitar reban dan melakukan sembelihan halal.
Peserta Kursus Ruminan
Kumpulan Ruminan pula diberi peluang memahirkan diri merawat lembu/kambing, memberi makan, mengumpul tinja untuk dibuat baja dan membuat silaj.
Dari komen yang diberi di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan modul yang disusun untuk kursus ini, fasiliti serta makan minum yang disediakan.
Kami dari warga MJ Fatonah Sdn Bhd berharap segala ilmu dan maklumat yang dikongsikan sepanjang kursus ini dapat membantu peserta menyiapkan diri untuk menceburi bidang ternakan ini.  Jutaan terima kasih atas amanh dan kepercayaan yang diberikan.  Terima kasih juga kerana memilih Akademi MJ Fatonah sebagai pusat latihan ternakan.

Jumaat, September 06, 2013

Kemasukan Lembu Dara KK

MJ Fatonah akan memulakan projek ternak biak lembu baka KK.  Sebidang tanah yang baru dibeli (Lot 1455) akan menempatkan induk-induk lembu ini bersama dua ekor pejantan baka terpilih.  Memandangkan permintaan anak lembu yang semakin banyak, projek biak baka ini akan dimulakan.  Mudah-mudahan lembu2 biak ini akan memberi pulangan yang dijangkakan.
Lembu yang sedang dimuatkan ke dalam lori


Khamis, Ogos 29, 2013

Lawatan Akademik Pelajar Institut Pertanian Titi Gantung, Perak

Bergambar kenangan bersama kumpulan pelajar & kakitangan Institut Pertanian Titi Gantung
Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan lancar.  Walaupun berlaku sedikit kelewatan, susunatur lawatan yang disusun dapat dipenuhi.  Program lawatan ini dimulakan dengan alu-aluan dari Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Pn Siti Fatonah.  Diikuti dengan pengenalan oleh En Hashim, wakil dari IPTG.  Seterusnya, pembentangan slide berkisar tentang pengenalan syarikat, perkongsian pengalaman dan motivasi keusahawanan.  Diteruskan dengan sessi soal jawab.  Persoalan banyak berkisar tentang penternakan ayam pedaging.  Di sini penilaian tentang daya untungrugi projek, faktor-faktor kegagalan sesebuah projek dan perancangan masa depan projek.

Galeri Sekitar lawatan



Difahamkan bahawa kumpulan peserta ini terdiri dari pelajar di dalam bidang ternakan yang amat berminat dengan bidang yang diceburi.  Tips-tips keusahawanan yang dibentangkan harap akan membuka minda pelajar-pelajar untuk menjadi USAHAWAN TERNAK YANG BERJAYA suatu hari nanti.

Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan rombongan, Kami mendoakan anda semua berjaya di dalam bidang penternakan ini.

Rabu, Ogos 28, 2013

Bekalan Anak Puyuh Sihat & Segar

Potensi projek ternakan puyuh semakin meningkat terutama menjelang musim perayaan.  Antara kelebihan menternak puyuh ini adalah:
* Modal yang rendah
* Pasaran yang berterusan
* Penjagaan lebih mudah
* Tempoh menternak yang pendek
* Kepelbagaian jualan (hidup, proses, siap perap atau masakan)
* Ruang ternakan yang kecil
* Boleh dijalankan secara sambilan
* Nutrien daging dan telur puyuh yang banyak

Di Akademi Usahawan MJ Fatonah, kursus penternakan puyuh disatukan dengan ilmu-ilmu ternakan ayam kampung dan itik.  Dengan yuran RM600 sahaja, anda akan mendapat kursus 3 dalam 1 yang dinamakan Kursus Usahawan Ternakan Unggas (Ayam kampung, Itik & Puyuh)..

Dengan harga serendah RM0.80seekor (minima 100ekor), anda akan dibekalkan anak puyuh yang sihat, segar dan akan mencapai berat yang disasarkan (mengamalkan teknik penternakan yg sistematik). Kami juga membekalkan peralatan penternakan lain seperti bekas makanan, bekas minuman, pemanas (hoover), dedak, vaksin, vitamin dan sebagainya.

Hubungi 012-3343800 (Fatonah) untuk maklumat lanjut tentang kursus atau tempahan anak puyuh.