Selasa, Mei 22, 2012

Ayam Mutiara - Dibuka Untuk Jualan

Ayam Mutiara atau Guinea Fowl adalah antara pilihan peminat unggas.  MJ Fatonah Poultry mempunyai stok induk dan muda untuk jualan.  Terdapat berbagai peringkat umur dan harga bergantung kepada umur ayam tersebut.
Mulakan Koleksi Ayam Mutiara Anda Atau Tambah Koleksi Yang Sedia Ada.  Dapatkan Di MJ Fatonah Poultry Sekarang!!

Arnab - Telah Dibuka Untuk Jualan


MJ Fatonah Rabbitry telah memulakan jualan arnab untuk tujuan pembiakan dan 'pet'.  Berbagai baka dan peringkat umur arnab boleh didapati di sini.
  
Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan arnab pilihan anda dengan harga yang sangat berpatutan.

Perubahan Tarikh Kursus Kumpulan Persendirian

Beberapa tarikh kursus anjuran agensi-agensi telah bertindih dengan tarikh kursus persendirian. Oleh itu, tarikh kursus persendirian terpaksa diubah.
Sila rujuk tarikh baru untuk rujukan.

Rabu, Mei 02, 2012

Pembinaan Bangunan Penginapan Peserta Di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah akan berwajah baru..
Enam unit bilik penginapan sedang dalam pembinaan untuk menempatkan pesera kursus di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah.  Bangunan ini bakal mampu menempatkan 42orang tetamu/peserta pada satu masa.  Bilik-bilik ini berhawadingin dan dilengkapi dengan  bilikair serta tandas.  Ia akan memuatkan 4 buah katil tingkat, sebuah meja hias, meja sisi, locker, rak tuala dan keperluan asas bilik yang lain.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2012 ini.  Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan pembinaan bangunan ini.
MJ Fatonah Sdn Bhd juga merancang untuk meneruskan projek MJ Fatonah Homestay Berkonsepkan Ladang di sini.  Perancangan teliti akan dibuat dengan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Bandar & Wilayah.  Semoga perancangan ini akan berjalan lancar, Insya Allah.