Selasa, April 19, 2011

Pakej Penternakan Ayam Kampung Untuk Asnaf Lembaga Zakat Selangor

Pakej yang disempurnakan dengan membaikpulih reban yang sedia ada, membekalkan anak ayam, makanan ayam, bekas makanan, bekas minuman, nyah kuman dan Probiotik EM-1. Asnaf-asnaf begitu gembira menerima pakej ini dan mereka amat berterimakasih dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS)atas sumbangan yang diberikan.

MJ Fatonah Sdn Bhd berdoa agar LZS akan terus bersedia memberi amanah tanggungjawab menyempurnakan pakej-pakej ternakan kepada asnaf-asnaf LZS.

Peralatan Nyah kuman
  Reban Perindukan & Pembesaran yang telah dibaikpulihMakanan Ayam (Starter & Grower)
Anak Ayam berumur 2hari Perindukan Untuk Anak Ayam (2-30hari)

 

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (Persendirian) 16-18hb April 2011


Satu sessi Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing selama 3hari 2malam telah dijalankan pada 16-18hb April 2011. Walaupun kumpulan yang kecil namun matlamat kursus kesampaian. Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih kpd Encik Adam Ali sebagai penghulu kumpulan. Kepada Aiman dan Haza, terimakasih kerana sanggup dtg jauh dari Kota Bharu untuk mengikuti kursus ini. Hafiz dan Zahir, kambing dan puyuh boleh 'on' sekali..

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing Anjuran RISDA pada 11-14hb April 2011


Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah. Kursus yang dirancang telah berjalan dengan lancar seperti jadual yang disusun. Amanat RISDA kepada MJ Fatonah Sdn Bhd telah disempurnakan sebaiknya. Kepada RISDA, terimakasih atas kepercayaan yang diberi dan kepada semua peserta, terima kasih atas kerjasama yang diberi sepanjang kursus. Begitu juga dengan krew / warga MJ Fatonah Sdn Bhd, terimakasih. Semoga silaturrahim yang terjalin sepanjang kursus akan berkekalan selamanya..