Khamis, Disember 30, 2010

LATIHAN PRAKTIKAL UiTM DAN IVM DI AKADEMIl LATIHAN TERNAKAN MJ FATONAH

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah, Kuala Selangor telah menerima 8 orang pelajar UiTM Jengka, seorang pelajar UiTM Arau dan 5 orang pelajar Institut Veterinar Malaysia (IVM) untuk menjalani Latihan Industri selama 5 minggu. Pelajar telah didedahkan dengan teknik penternakan, pengurusan perniagaan dan berbagai lagi ilmu dan pengalaman di dalam bidang penternakan.

Tempoh Latihan Industri telah dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
1. Ternakan Lembu
2. Ternakan Kambing
3. Ternakan Ayam
4. Ternakan Itik
5. Pembuatan Baja & Makanan Ternakan

Kumpulan pelajar ini berpeluang juga mengikuti Kursus Sembelihan Halal yang telah dijalankan bersama anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kepada semua pelajar; Burn, Fauzan, Ifa, Aris, Syazreen, Ina, Rahimi, Scha, Husaini, Kayal, Shafik, Syiril, Nor'in & Selva, semoga maju jaya dalam pelajaran.

Ahad, Disember 19, 2010

Kursus Sembelihan Halal & Produk Nilaitambah Ternakan (Masakan) Anjuran LPP


Peserta bersama menyediakan bahan-bahan masakan


Ustaz Sapuan Nayan dari JAIS mengendalikan amali sembelihan halal

Salam semua..
Kami baru saja selesai menyempurnakan amanah LPP untuk berkongsi pengalaman & ilmu dengan para peladang tentang penyembelihan halal & mempelbagaikan produk nilaitambah ternakan mereka. Kali ini kami memilih produk nilaitambah sebagai masakan.
Projek ternakan bukan saja tertumpu untuk menjual ternakan itu sahaja. Banyak lagi yang boleh dibuat untuk menambah lagi pendapatan sebagai penternak. Contohnya baja, telur, susu dan satu lagi pakej masakan.
Di dalam kursus ini, peserta diberi idea mempelbagaikan hasil produk ternakan mereka. 5 menu disediakan untuk dikongsi bersama iaitu masak kari kambing, kurma, dalca, sup dan masak kicap black pepper.
Terima kasih kepada LPP kerana mengamanahkan kami satu sessi kursus latihan. Terimakasih juga kepada Ust. sapuan dari Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa terima kasih kepada para peserta atas
komen yang diberikan. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan kami melakukannya.. Amin.